Soya Ais Peneram Madu

Soya Ais Peneram Madu Seorang lagi penulis muda yang kini belajar di luar negara iaitu Shahkang atau nama penuhnya Norshah Aizat Shuaib menonjolkan cerpen Soya Ais Peneram Madu Berita Minggu Oktober yang bermain

Seorang lagi penulis muda yang kini belajar di luar negara, iaitu Shahkang atau nama penuhnya Norshah Aizat Shuaib menonjolkan cerpen Soya Ais Peneram Madu Berita Minggu, 10 Oktober 2010 yang bermain dengan unsur personafikasi yang unik Latar pasar malam tiba tiba menjadi medan pertarungan antara soya ais dan peneram madu menyerang antara satu sama lain Shahkang mengSeorang lagi penulis muda yang kini belajar di luar negara, iaitu Shahkang atau nama penuhnya Norshah Aizat Shuaib menonjolkan cerpen Soya Ais Peneram Madu Berita Minggu, 10 Oktober 2010 yang bermain dengan unsur personafikasi yang unik Latar pasar malam tiba tiba menjadi medan pertarungan antara soya ais dan peneram madu menyerang antara satu sama lain Shahkang menghidupkan ceritanya dengan mempersonafikasikan soya ais dan peneram madu menjadi manusia yang saling serang menyerang Cerpen ini dari satu sisi memaparkan lapangan budaya masyarakat Melayu yang menarik melalui budaya makanan yang diperikan melalui soya ais dan peneram madu Dalam pada itu ia menghadirkan latar social melalui suasana pasar malam yang hidup dalam gambaran pembaca Shahkang mempunyai gaya penulisan yang menarik sebenarnya Keupayaannya bermain dengan bahasa yang jelas dalam pemerian dan mempunyai unsur estetika sosial menjadikan cerpen yang bermain dengan personafikasi ini hidup dan mengalir spontan dalam hati pembaca.
  • [PDF] Ç Free Read ↠ Soya Ais Peneram Madu : by Shahkang ↠
    Shahkang
  • thumbnail Title: [PDF] Ç Free Read ↠ Soya Ais Peneram Madu : by Shahkang ↠
    Posted by:Shahkang
    Published :2018-03-09T01:21:06+00:00

752 Comment

  • Sharulnizam Mohamed Yusof says:

    Pembukaan 2017.Saya memilih buku ini kerana dua sebab; satu harga runtuh diskaun di ITBM, dan kedua kerana nama Shahkang. Nama "Shahkang" mengingatkan saya pernah membaca buku beliau sebelum ini, UK Aku Mai.Nyata kedua-dua buku beliau ini, berbeza. Buku Soya Ais Peneram Madu (SAPM) memperkenalkan saya semula dengan penulis. Bukan calang-calang pengalaman yang beliau genggam. Dan itu yang memusykilkan kenapa buku pertama dan kedua (saya baca) bagaikan dari dua orang penulis yang berbeza.Koleksi c [...]

  • Muhamad Fahmi says:

    Gaya personifikasi; diadun dengan wacana membuatkan cerpen-cerpen saudara Shahkang enak dibaca. Secara peribadi dan keseluruhannya, saya suka dengan cerpen "Sekali Dup Sekali Ting" di mana cerpen tersebut menjelaskan secara terperinci perjalanan sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf kelab.

  • anahashim says:

    assalamualaikum wbt,alhamdulillah, buku kedua yang telah berjaya dihabiskan dalam awal bulan mei.142 helaian muka surat yang telah berjaya dihabiskan dalam tempoh hanya beberapa jam kerana kelapangan waktu selepas cuti PRU13.11 cerpen dimuatkan dalam sebuah novel kumpulan cerpen karya shahkangtiap cerpen mempunyai penceritaan yang berbeza,ada yang mempersonafikasikan watak manusia sebagi watak bangunan putrajaya,london,tiang jalanan,soya ais peneram madu,seekor kucing dan ada juga watak realiti [...]

  • Ophan Bunjos says:

    encer kata orang jawa. memula aku fikir aku sudah boleh dirasuk oleh watak-watak dalam buku ni, tapi lencong, sasar, berdentingan macam bunyi sen yang dituang ke dalam mug. yang ketara cuma aku seolah dilarikan ke zaman remaja yang memakai kemeja sekolah. menghabiskan buku-buku bacaan untuk kelas remaja, level anak-anak sekolah. di usia ini aku cuma menemukan sebuah kata; ngantuk.dua bintang hanya untuk shahkang yang berdiri megah di manchester dan percaya dia sudah menulis yang terbaik.

  • Jamilah Norddin says:

    Soya Ais Peneram madu adalah kumpulan cerpen Shahkang. Saya suka kebanyakan cerpen dalam kumpulan cerpen ini. Pengarang membiarkan watak-wataknya bersuara, dan membuatkan pembaca berfikir kisah yang mahu disampaikan. Kisah kehidupan yang disampaikan dalam bentuk kreatif.

  • Ema says:

    Tak sia2 aku baca buku ni.

  • Wardah Puteh says:

    Kulit kumpulan cerpen berjudul Soya Ais Paneram Madu ini amat menarik. Ada kuih paneram (atau dikenali juga sebagai ‘Telinga Keling’ maafkan saya jika anda berasa loya) dan sebungkus air soya ais. Kedua-duanya adalah makanan dan minuman kegemaran saya, nah, ditambah pula latar putih- rona kesukaan saya juga, buku ini bertambah-tambah menarik. Pujian haruslah diberikan kepada penerbit naskhah, yakni ITBM, kerana mencetus transformasi kulit buku. Harus diakui bahawa pembaca zaman kini tidak la [...]

  • Nor Azzah says:

    Antologi cerpen dari seorang penulis yang sering saya lihat & baca namanya, namun ini karya pertamanya yang saya baca. Tidak mengecewakan. Berisi ilmu & pilihan kata-kata yang bukan bahasa kegunaan biasa. Penggunaan watak-watak seperti kucing, tiang, air soya, kuih peneram membuatkan kelainan kepada karya penulis. Untuk saya, kelainan ini menarik.

  • Rasydan Fitri says:

    Segar dan bijak. Latar bercitra tempatan dan luar negara cukup seimbang. Soya Ais Peneram Madu dan Setalam Halwa Maskat adalah cerpen kegemaran saya secara peribadi. Karya sulung yang tidak mengecewakan dan menjanjikan potensi.

  • thoughtsattack says:

    Penggunaan kosa kata yang menarik. Isu yang disentuh mudah untuk difahami kerana ia adalah isu semasa. Lebih mudah difahami dan sekiranya pembaca kenal akan penulis secara peribadi. Cubaan yang baik, teruskan usaha!

  • syafiqah says:

    Cara penyampaian yang berlainan.Pengunaan kata kata yang jarang digunakan memberikan aku kosa kata yang baru.Tahniah untuk penulis(bakal jurutera) di Manchester dan berani keluar dari dunia yang statik.

  • Siti Ruqaiyah says:

    Himpunan cerpen cerpen yang bagus dan berpengajaran!

  • Aina Dayana Hilmi says:

    Buku 89 / 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *